Wednesday, January 18, 2012

HAKIKAT CINTA

Untuk berjaya sebenarnya manusia memang memerlukan cinta kerana manusia lahir atas dasar cinta, hidup untuk bercinta dan mati kerana memenuhi cinta. Persoalanya cinta siapa yang hendak kita harapkan jika kita tidak mencintai diri sendiri. Kita tidak akan merasa nikmat cinta jika kita tidak mencintai diri sepenuhnya sebagai hamba Allah yang di jadikan sebaik-baik kejadian.

Jika kita tidak mencintai diri kita sendiri, kita adalah orang yang paling awal tewas dalam hidup ini. Kerana hidup ini penuh mencabar, hanya orang yang kuat mampu meneruskan perjuangan dalam hidup ini. Untuk terus berjaya dalam perjuangan ini kita harus tahu bentuk sokongan yang kita mahukan.

Tanggungjawab pada diri sendiri, itulah cinta pertama yang harus di bina di hati dan jiwa kita. Jika kita tidak mampu memcipta ini, kita tidak akan mampu memburu cinta yang lain.

Cinta kedua yang harus kita kejar ialah cinta sejati dari Pencipta (Allah). Itulah cinta paling istimewa, paling suci dan paling agung dari semua cinta di dunia ini. Jika kita tidak mampu meraih cinta suci Pencipta, kita tidak layak bercinta dengan sesiapa pun. Kerana cinta yang akan muncul terikat pada cinta kepada Allah terlebih dulu sebagai dasar cinta dalam kehidupan sebagai manusia.

Sebagai manusia kita perlu memahami hakikat, bahawa manusia tidak akan mampu melawan setiap bencana, cabaran dan derita yang Allah ujikan kepada hamba-hambanya. Sebagai ujian untuk menguji sejauh mana keiman setiap hamba-hambanya. Kerana manusia adalah makhluk yang sangat lemah. Kita akan mampu menghadapi semua ujian ini dengan baik hanya bila kita bertawakal kepada Penciptanya (Allah), percaya sepenuhnya kepada Pelindungnya, dan menyerahkan semua perkara kepada-Nya.

Manisnya bercinta dengan Allah akan membuat kita tidak akan menagih cinta manusia dan tidak akan berkeluh kesah dengan tiadanya cinta manusia. tetapi jika kita mengharapkan cinta manusia dan memburunya kita tidak akan menemuinya kerana cinta bukan sesuatu yang boleh di jual beli. Cinta adalah perasaan dan kemahuan paling halus untuk memiliki sesuatu tanpa paksaan dan buruan mengikut kehandak kita. Cinta adalah sesuatu perasaan yang suci yang telah Allah kurniakan pada setiap manusia.

Lihatlah bagaimana Allah memciptakan Hawa untuk dijadikan pasangan hidup Nabi Adam. Nabi Adam keresahan hidup di syuga, kerana tidak mempunyai teman. Apabila Nabi Adam menurut kehandak Hawa memakan buah khudi, lantas terlantar mereka berdua di dunia yang fana ini.

Mungkin ini adalah pengorbanan cinta di antara mereka berdua. Namun seribu penyesalan dan taubat telah mereka lakukan. Allah telah menerima taubat dan penyesalan mereka.

Terjalinya hubungan cinta antara Nabi Adam dan Hawa, maka keturunan manusia dapat membiak hingga kehari ini. Wujudnya kita di hari ini lantaran adanya peranan cinta.

Hakikat CINTA.

Cinta! Manusia tidak akan dapat lari dari dicintai ataupun mencintai. Ada kalanya, manusia tersilap dalam meletakan cintanya.

Cinta yang sebenar, ialah mencintai Allah dan Rasul. Andainya, kalau mencintai makhluk, jaganlah sampai melupakan Allah dan Rasul-nya.

Monday, January 16, 2012

CINTA

Nilai Cinta

Benarlah kata punjangga, pengelaman adalah guru terbaik. Pengalaman jugalah mematangkan dan mendewasakan kita untuk teguh berdiri dan lebih berhati-hati agar tidak jatuh tersungkur sekali lagi. Hidup tidak bermakna tanpa cabaran.

Dan daripada pengalaman penuh liku itulah yang akan menjadikan diri kita seorang insan yang lebih tabah dan matang dalam menghadapi segala ranjau yang terbentang luas sepanjang lorong-lorong kehidupan.

Sebenarnya kita sudah bosan fikirkan tentang satu perkara ini. Tentang CINTA. Ya tentang cinta, kerana cinta membuatkan kita lalai, kita alpa, kita mabuk dan beratus lagi perkara.

Tapi hanya itulah yang sering kita perkatakan dan cari seterusnya untuk dimiliki selagi kehidupan ini tidak berakhir.

Dan selagi wujudnya manusia daripada benih Adam dan Hawa selagi itulah mereka tidak akan sesekali-kali berhenti berbicara tentang CINTA.

Tuesday, January 10, 2012

SIMFONI KASIH



cinta itu indah.

Cinta yang kecil ialah cinta makhluk. Tetapi cinta itu akan bernilai dan besar hanya apabila di dasarkan kepada cinta Allah. Cinta itulah yang dialirkan oleh Allah ke dalam hati. Cinta bukan dari mata turun ke hati, sebaliknya dari hati turun ke mata. Cinta itulah yang benar, suci lagi murni. Itulah cinta yang dikhususkan buat manusia beriman sesuai dengan martabatnya sebagai hamba Allah dan khalifah.
Dan cinta itu selamanya indah kerana ia dicipta oleh Allah. Tuhan yang indah dan suka kepada keindahan.

simponi cinta

Cinta tidak dapat diraih dengan ugutan dan ancaman. ia soal hati yang memberi dan menerima dengan roh. Cinta tidak boleh dipaksa. Gelombang cinta bergerak dalam suasana rasa yang indah bagaikan satu simfoni pada satu gubahan "muzik".

yang bernama cinta

Cinta, kata yang penuh kuasa. Penuh rona. pesona.
Cinta merangkum segala getar rasa: dendam, kaseh, rindu, duka, suka, getir, cemburu, benci, sabar, lara dan ..... entah apa lagi.
Yang sejati, palsu, suci, terbahagi.