Wednesday, January 18, 2012

HAKIKAT CINTA

Untuk berjaya sebenarnya manusia memang memerlukan cinta kerana manusia lahir atas dasar cinta, hidup untuk bercinta dan mati kerana memenuhi cinta. Persoalanya cinta siapa yang hendak kita harapkan jika kita tidak mencintai diri sendiri. Kita tidak akan merasa nikmat cinta jika kita tidak mencintai diri sepenuhnya sebagai hamba Allah yang di jadikan sebaik-baik kejadian.

Jika kita tidak mencintai diri kita sendiri, kita adalah orang yang paling awal tewas dalam hidup ini. Kerana hidup ini penuh mencabar, hanya orang yang kuat mampu meneruskan perjuangan dalam hidup ini. Untuk terus berjaya dalam perjuangan ini kita harus tahu bentuk sokongan yang kita mahukan.

Tanggungjawab pada diri sendiri, itulah cinta pertama yang harus di bina di hati dan jiwa kita. Jika kita tidak mampu memcipta ini, kita tidak akan mampu memburu cinta yang lain.

Cinta kedua yang harus kita kejar ialah cinta sejati dari Pencipta (Allah). Itulah cinta paling istimewa, paling suci dan paling agung dari semua cinta di dunia ini. Jika kita tidak mampu meraih cinta suci Pencipta, kita tidak layak bercinta dengan sesiapa pun. Kerana cinta yang akan muncul terikat pada cinta kepada Allah terlebih dulu sebagai dasar cinta dalam kehidupan sebagai manusia.

Sebagai manusia kita perlu memahami hakikat, bahawa manusia tidak akan mampu melawan setiap bencana, cabaran dan derita yang Allah ujikan kepada hamba-hambanya. Sebagai ujian untuk menguji sejauh mana keiman setiap hamba-hambanya. Kerana manusia adalah makhluk yang sangat lemah. Kita akan mampu menghadapi semua ujian ini dengan baik hanya bila kita bertawakal kepada Penciptanya (Allah), percaya sepenuhnya kepada Pelindungnya, dan menyerahkan semua perkara kepada-Nya.

Manisnya bercinta dengan Allah akan membuat kita tidak akan menagih cinta manusia dan tidak akan berkeluh kesah dengan tiadanya cinta manusia. tetapi jika kita mengharapkan cinta manusia dan memburunya kita tidak akan menemuinya kerana cinta bukan sesuatu yang boleh di jual beli. Cinta adalah perasaan dan kemahuan paling halus untuk memiliki sesuatu tanpa paksaan dan buruan mengikut kehandak kita. Cinta adalah sesuatu perasaan yang suci yang telah Allah kurniakan pada setiap manusia.

Lihatlah bagaimana Allah memciptakan Hawa untuk dijadikan pasangan hidup Nabi Adam. Nabi Adam keresahan hidup di syuga, kerana tidak mempunyai teman. Apabila Nabi Adam menurut kehandak Hawa memakan buah khudi, lantas terlantar mereka berdua di dunia yang fana ini.

Mungkin ini adalah pengorbanan cinta di antara mereka berdua. Namun seribu penyesalan dan taubat telah mereka lakukan. Allah telah menerima taubat dan penyesalan mereka.

Terjalinya hubungan cinta antara Nabi Adam dan Hawa, maka keturunan manusia dapat membiak hingga kehari ini. Wujudnya kita di hari ini lantaran adanya peranan cinta.

Hakikat CINTA.

Cinta! Manusia tidak akan dapat lari dari dicintai ataupun mencintai. Ada kalanya, manusia tersilap dalam meletakan cintanya.

Cinta yang sebenar, ialah mencintai Allah dan Rasul. Andainya, kalau mencintai makhluk, jaganlah sampai melupakan Allah dan Rasul-nya.

Monday, January 16, 2012

CINTA

Nilai Cinta

Benarlah kata punjangga, pengelaman adalah guru terbaik. Pengalaman jugalah mematangkan dan mendewasakan kita untuk teguh berdiri dan lebih berhati-hati agar tidak jatuh tersungkur sekali lagi. Hidup tidak bermakna tanpa cabaran.

Dan daripada pengalaman penuh liku itulah yang akan menjadikan diri kita seorang insan yang lebih tabah dan matang dalam menghadapi segala ranjau yang terbentang luas sepanjang lorong-lorong kehidupan.

Sebenarnya kita sudah bosan fikirkan tentang satu perkara ini. Tentang CINTA. Ya tentang cinta, kerana cinta membuatkan kita lalai, kita alpa, kita mabuk dan beratus lagi perkara.

Tapi hanya itulah yang sering kita perkatakan dan cari seterusnya untuk dimiliki selagi kehidupan ini tidak berakhir.

Dan selagi wujudnya manusia daripada benih Adam dan Hawa selagi itulah mereka tidak akan sesekali-kali berhenti berbicara tentang CINTA.

Tuesday, January 10, 2012

SIMFONI KASIH



cinta itu indah.

Cinta yang kecil ialah cinta makhluk. Tetapi cinta itu akan bernilai dan besar hanya apabila di dasarkan kepada cinta Allah. Cinta itulah yang dialirkan oleh Allah ke dalam hati. Cinta bukan dari mata turun ke hati, sebaliknya dari hati turun ke mata. Cinta itulah yang benar, suci lagi murni. Itulah cinta yang dikhususkan buat manusia beriman sesuai dengan martabatnya sebagai hamba Allah dan khalifah.
Dan cinta itu selamanya indah kerana ia dicipta oleh Allah. Tuhan yang indah dan suka kepada keindahan.

simponi cinta

Cinta tidak dapat diraih dengan ugutan dan ancaman. ia soal hati yang memberi dan menerima dengan roh. Cinta tidak boleh dipaksa. Gelombang cinta bergerak dalam suasana rasa yang indah bagaikan satu simfoni pada satu gubahan "muzik".

yang bernama cinta

Cinta, kata yang penuh kuasa. Penuh rona. pesona.
Cinta merangkum segala getar rasa: dendam, kaseh, rindu, duka, suka, getir, cemburu, benci, sabar, lara dan ..... entah apa lagi.
Yang sejati, palsu, suci, terbahagi.

Wednesday, October 7, 2009

MUAK DRAMA RAYA 'dibanjiri air mata'.

SELAMAT HARI RAYA IDILFITRI
Masih belum terlambat bagi saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Isalam. Terlebih dahulu saya memohan kemaafan, terlalu lama tidak dapat berkarya di blog kerana kerosakan CPU komputer. Masih lagi di kedai. Ada Laptop Dell tapi orang lama, agak lambat sedikit pergerakanya.

Saya akan berbicara 'dibanjiri air mata' dari kertan akhabar Berita Harian pada Khamis 24 September 2009.

Aidilfitri (Hari Raya Puasa) dari segi bahasanya bermakna kembali semula kepada fitrah. Kita sebenarnya kembali fitrah iaitu suci dan bebas daripada dosa. Ini kerana bulan Ramadhan membersihkan segala dosa kita. Namun tidak kurang yang kecundang dan gagal mendapat keberkatan Ramadhan apabila mereka kembali kepada fitrah iaitu sikap yang diamalkan sebelum Ramadhan.
Golongan ini adalah golongan yang rugi kerana tidak mengambil iktibar daripada ajaran Allah.

Kenikmatan berhari raya hanya adapat dirasakan orang yang benar berpuasa Ramhdhan dalam erti kata yang sebenar saja. Maknanya orang yang melaksanakan ibadat puasa semata-mata kerana tunduk dan patuh kepada perintah Allah.

Dari paparan keratan akhbar bertajuk muak drama raya 'dibanjiri air mata'. Walaupun tidak semuanya dapat ditonton sepanjang hari raya. Kesibukan berzirah kerumah suadara mara dan kesibukan membantu keluarga melayan tetamu yang datang kerumah menyebabkan masa menonton TV agak terhad.

Tuesday, August 18, 2009

Selamat datang Ramadhan

Terlebih dahulu saya mengucapakan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam dimana sahaja berada.

Ramadhan ertinya "panas terik" atau "terbakar". Dinamakan demikian kerana cuaca pada bulan ini di Jazirah Arab sangat panas, sehingga jika orang berjalan kaki di padang pasir tanpa memakai alas kaki pastilah kakinya akan terbakar. Dalam pergertian lain dinamakan Ramadhan kerana pahala orang yang berpuasa pada bulan ini dapat membakar dosa-dosanya yang telah lalu.

Sesungguhnya bulan Ramadhan adalah bulan yang setiap tahun dinantikan ketibaanya oleh setiap umat Islam, kerana ia bulan yang dimuliakan dan memberikan banyak manfaat, fadhilat dan masa depan yang cerah bagi mereka yang menghayatinya. Pada bulan Ramadhan inilah umat Islam diwajidkan berpuasa sebagaiman firman Allah yang bermaksud:

Wahai orang yang beriman! kamu diwajidkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang yang dahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa. (Al-Baqarah 2:183)

Walau kemana sahaja kita pergi dinegara kita, kita tidak akan berjumpa kain rentang atau sepanduk menjambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini, bagi menyemarakan lagi umat Islam untuk datang beribadat ke masjid.

Kita akan melihat kain rentang yang besar dipasang digedung-gedung perniagaan yang besar untuk menjambut kedatangan satu Syawal (Hari raya Aidilfitri) sahaja, kerana ia akan menguntungkan mereka.

Lebih mengutamakan bulan Syawal dari bulan Ramadhan.

Friday, August 7, 2009

Demonstrasi Apa Yang Kita Dapat?


Demonstrasi bermakna tunjuk perasaan dengan cara berkumpul beramai-ramai dan berarak mengikut Kamus Dewan Edisi Empat.

Insiden demonstrasi jalanan di negara kita hidup semula, yang terbaru diadakan pada hari Sabtu (1 Ogos 2009) bagi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Perhimpunan haram ini diadakan oleh Kumpulan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Majlis Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara. Tetapi mereka telah gagal menyampaikan memorandum itu apabila pihak polis menutup setiap jalan menuju ke Istana Negara.

Di sini saya ingin bertanya kepada mereka, menyampaikan memorandum itu perlu diserahkan ke Yang di-Pertuan Agong. Sedangkan kita tahu bahawa institusi raja tidak dicemar politik. Mengapakah mereka sanggup berjumpa dengan institusi raja? Ini menunjukkan mereka sanggup membuat apa sahaja demi kepentinagn politik mereka.

Tetapi kenapa mereka sanggup menentang keputusan Sultan Perak apabila tidak menyebelahi mereka. di mana mereka sanggup berbaring di atas jalan raya bagi menhalang kenderaan di raja dan menghinanya di persada politik, ini merupakan satu bibit budaya songsang.

Saya pernah mengalami detik cemas bersama anak di Kompleks Pertama untuk membeli sepasang kasut bola. Detik cemas ini apabila Gerakan Reformarsi melarikan diri ke dalam Kompleks Pertama apabila digempur dengan gas pemedih mata dan bom asap oleh FRU. Keadaan masa itu menjadi kelam-kabut, saya dan anak menyelamatkan diri masuk ke dalam kedai sukan.

Demonstrasi Reformasi pada 1998 dan 1999 menunjukkan sesebuah perkumpulan ramai boleh bertukar menjadi ganas.

Adakah dengan mengambil bahagian dalam demonstrasi seperti ini dapat menyelesaikan apa-apa masalah, sebaliknya memberi kesan buruk. Ia menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di ibu negara, orang ramai turut mengalami kesulitan menaiki pengangkutan awam. Sebahagian besar kedai dan pasaraya terpaksa ditutup kerana bimbang keselamatan diri, selain
mengelak kes kecurian.

Kita sebagai orang Islam harus menyerahkan masalah yang kita hadapi hanya kepada Allah sahaja. Dia-lah tempat kita mengadu. Kita kena bergantung kepada Allah. Undang-undang ISA adalah ciptaan manusia, ia boleh diubah dan tidak kekal, yang kekal hanyalah undang-undang daripada Allah sahaja.

Persoalannya, megapa orang ramai begitu ghairah mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan itu tanpa memikirkan kesannya kepada diri sendiri, keluarga, maruah bangsa melayu dan negara.

Sekiranya ditahan ;
  • kakitangan kerajaan - menganiayai diri sendiri atau dikenakan tindakan disiplin.
  • penuntut sekolah dan universiti - bukankah ia menbuang masa atau digantung dari
    sekolah atau universiti.
Tunjuk perasaan ini tidak ada kaitan langsung dengan isu pendidikan.

Anggota polis juga manusia biasa, punyai hati dan perasaan mereka terpaksa menjalankan tugas dalam keadaan marah dan tertekan. Di mana cuti untuk bersama keluarga, bersama orang tersayang dan anak-anak pada hujung minggu terpaksa mereka batalkan. Ini hanya untuk menjaga ketenteraman awam.

Tetapi apa yang mereka dapat? Mereka hanya mendapat cemuhan dan kata-kata kesat dan yang lebih malang lagi, mereka digelar anjing kerajaan.

Demonstrasi apa yang kita dapat?
Yang kita dapat hanyalah gas pemedih mata, bom asap, air semburan, cemuhan masyarakat dan yang akhir sekali,penjara jika didapati bersalah.

Wednesday, August 5, 2009

Koleksi pertama (kisah sejarah )

1. Ini adalah koleksi pertama yang saya bukukan, tidak pasti pada tuhun berapa ia dibukukan. Pada peringkatan awal saya hanya memotong gambar-gambar menarik yang terdapat dalam akhbar dan dilekatkan menggunakan loytape di dalam buku. Pada zaman 70an tidak ada gam (Happy Glue - UHU), yang ada pada masa itu hanyalah gam kanji.

2. Berita atau kisahnya berkaitan gambar itu, saya tulis kembali bersebelahan gambar di dalam buku.

3. Berita pertama - Tun Razak dalam kenangan. Gambar-gambar dan keratan akhdar Tun Razak dalam kenangan telah saya bukukan. Hanya yang tinggal di dalam buku pertama ini hanyalah tulisan kembali kisah Tun Razak.






4. Di dalam buku ini terdapat keratan akhbar tentang Tentera Merah Jepun (JRA) yang menawan Bangunan AIA di Jalan Ampang pada 4 Ogos 1976.









5 . Bahagian akhir buku ini - kisah Tugu Negara diletupkan pada 26 Ogos 1975. Letupan ini telah memusnahkan patung-patung perajurit yang di perbuat daripada gangsa.






6. Bermula dari titik ini lah perasaan puas dan sayang untuk meninggalkan minat menyinpan keratan akhbar. Pepatah Melayu ada mengatakan "tak kenal maka tak cinta."