Tuesday, August 18, 2009

Selamat datang Ramadhan

Terlebih dahulu saya mengucapakan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam dimana sahaja berada.

Ramadhan ertinya "panas terik" atau "terbakar". Dinamakan demikian kerana cuaca pada bulan ini di Jazirah Arab sangat panas, sehingga jika orang berjalan kaki di padang pasir tanpa memakai alas kaki pastilah kakinya akan terbakar. Dalam pergertian lain dinamakan Ramadhan kerana pahala orang yang berpuasa pada bulan ini dapat membakar dosa-dosanya yang telah lalu.

Sesungguhnya bulan Ramadhan adalah bulan yang setiap tahun dinantikan ketibaanya oleh setiap umat Islam, kerana ia bulan yang dimuliakan dan memberikan banyak manfaat, fadhilat dan masa depan yang cerah bagi mereka yang menghayatinya. Pada bulan Ramadhan inilah umat Islam diwajidkan berpuasa sebagaiman firman Allah yang bermaksud:

Wahai orang yang beriman! kamu diwajidkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang yang dahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa. (Al-Baqarah 2:183)

Walau kemana sahaja kita pergi dinegara kita, kita tidak akan berjumpa kain rentang atau sepanduk menjambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini, bagi menyemarakan lagi umat Islam untuk datang beribadat ke masjid.

Kita akan melihat kain rentang yang besar dipasang digedung-gedung perniagaan yang besar untuk menjambut kedatangan satu Syawal (Hari raya Aidilfitri) sahaja, kerana ia akan menguntungkan mereka.

Lebih mengutamakan bulan Syawal dari bulan Ramadhan.

No comments:

Post a Comment