Friday, August 7, 2009

Demonstrasi Apa Yang Kita Dapat?


Demonstrasi bermakna tunjuk perasaan dengan cara berkumpul beramai-ramai dan berarak mengikut Kamus Dewan Edisi Empat.

Insiden demonstrasi jalanan di negara kita hidup semula, yang terbaru diadakan pada hari Sabtu (1 Ogos 2009) bagi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Perhimpunan haram ini diadakan oleh Kumpulan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Majlis Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara. Tetapi mereka telah gagal menyampaikan memorandum itu apabila pihak polis menutup setiap jalan menuju ke Istana Negara.

Di sini saya ingin bertanya kepada mereka, menyampaikan memorandum itu perlu diserahkan ke Yang di-Pertuan Agong. Sedangkan kita tahu bahawa institusi raja tidak dicemar politik. Mengapakah mereka sanggup berjumpa dengan institusi raja? Ini menunjukkan mereka sanggup membuat apa sahaja demi kepentinagn politik mereka.

Tetapi kenapa mereka sanggup menentang keputusan Sultan Perak apabila tidak menyebelahi mereka. di mana mereka sanggup berbaring di atas jalan raya bagi menhalang kenderaan di raja dan menghinanya di persada politik, ini merupakan satu bibit budaya songsang.

Saya pernah mengalami detik cemas bersama anak di Kompleks Pertama untuk membeli sepasang kasut bola. Detik cemas ini apabila Gerakan Reformarsi melarikan diri ke dalam Kompleks Pertama apabila digempur dengan gas pemedih mata dan bom asap oleh FRU. Keadaan masa itu menjadi kelam-kabut, saya dan anak menyelamatkan diri masuk ke dalam kedai sukan.

Demonstrasi Reformasi pada 1998 dan 1999 menunjukkan sesebuah perkumpulan ramai boleh bertukar menjadi ganas.

Adakah dengan mengambil bahagian dalam demonstrasi seperti ini dapat menyelesaikan apa-apa masalah, sebaliknya memberi kesan buruk. Ia menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di ibu negara, orang ramai turut mengalami kesulitan menaiki pengangkutan awam. Sebahagian besar kedai dan pasaraya terpaksa ditutup kerana bimbang keselamatan diri, selain
mengelak kes kecurian.

Kita sebagai orang Islam harus menyerahkan masalah yang kita hadapi hanya kepada Allah sahaja. Dia-lah tempat kita mengadu. Kita kena bergantung kepada Allah. Undang-undang ISA adalah ciptaan manusia, ia boleh diubah dan tidak kekal, yang kekal hanyalah undang-undang daripada Allah sahaja.

Persoalannya, megapa orang ramai begitu ghairah mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan itu tanpa memikirkan kesannya kepada diri sendiri, keluarga, maruah bangsa melayu dan negara.

Sekiranya ditahan ;
  • kakitangan kerajaan - menganiayai diri sendiri atau dikenakan tindakan disiplin.
  • penuntut sekolah dan universiti - bukankah ia menbuang masa atau digantung dari
    sekolah atau universiti.
Tunjuk perasaan ini tidak ada kaitan langsung dengan isu pendidikan.

Anggota polis juga manusia biasa, punyai hati dan perasaan mereka terpaksa menjalankan tugas dalam keadaan marah dan tertekan. Di mana cuti untuk bersama keluarga, bersama orang tersayang dan anak-anak pada hujung minggu terpaksa mereka batalkan. Ini hanya untuk menjaga ketenteraman awam.

Tetapi apa yang mereka dapat? Mereka hanya mendapat cemuhan dan kata-kata kesat dan yang lebih malang lagi, mereka digelar anjing kerajaan.

Demonstrasi apa yang kita dapat?
Yang kita dapat hanyalah gas pemedih mata, bom asap, air semburan, cemuhan masyarakat dan yang akhir sekali,penjara jika didapati bersalah.

No comments:

Post a Comment