Tuesday, August 4, 2009

Akhbar sumber maklumat

  1. Akhbar merupakan satu sumber bacaan terpenting yang mudah didapati di pasaran. Setiap akhbar memuatkan maklumat yang boleh memambah pengetahuan dalam berbagai bidang seperti rencana, sukan, berita dunai, ekonomi, hiburan dan beranika berita lagi.
  2. Maklumat dan berita yang tertera di dalam akhbar lebih terkini daripada yang terdapat di dalam buku, majalah mahupun ensiklopedia. Malang bagi kebanyakan pembaca akhbar-akhbar tersebut akan disimpan dibilik setor, mungkin dijual.
  3. Tahukah anda ada berbagai-bagai cara kita boleh mengumpulkan maklumat daripada akhbar? Salah satu daripadanya ialah dengan memotong rencana dan menampalkanya ke atas kertas kosong A4 yang bersih dan dijilit menjadi sebuah buku.
  4. Menyinpan keratan akhbar ini telah menjadi hobi masa lapang saya sejak dari tingkatan tiga lagi. Ia bermula dari keratan akhbar cara-cara menghadapi perperiksaan. Keratan ini masih ada lagi didalam simpanan saya.
  5. Hobi ini masih lagi saya teruskan hingga kehari ini. Mungkin setengah orang akhbar selepas dibaca boleh dibuang tetapi tidak bagi saya. Ia satu kerugian kerana ia sumber maklumat yang sangat menarik dan hebat.

Sumber: RAGAM-KOSMO, Rabu,13 Oktober 2004

No comments:

Post a Comment